What's in the house..!

Saturday, October 23, 2010

REMAJA MAUT BEREBUT ALAT KAWALAN JAUH TELEVISYEN

Semalam, anak2 berebut alat kawalan jauh juga sebab baru kemaruk nak tonton televisyen sementelah segala PSP, Notebook telah dihalang untuk digunakan, akibat dari penggunaan tanpa had dua hari berturut-turut. Walaupun sukar untuk melaksanakannya, saya harus tegas dalam hal ini kerana buku-buku pelajaran tidak diendahkan akibat menghabiskan banyak masa di FACEBOOK dan permainan komputer.

Elok pula malam tadi keluar berita di kaca tv... semua terpempan...

 
KUANTAN: Seorang remaja lelaki terbunuh akibat tertusuk serpihan kaca tingkap dipercayai diacu kakaknya selepas berlaku pertengkaran disebabkan mangsa berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik bongsu di rumah mereka di Balok Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, bekas pelajar sebuah sekolah tahfiz di bandar ini, meninggal dunia kerana parah di pangkal paha kanan akibat terkena serpihan kaca tingkap yang dipercayai diacu kakaknya berusia 16 tahun.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia jam 5.40 petang di Klinik Kesihatan Balok, di sini, selepas lebih sejam bertarung nyawa akibat kehilangan banyak darah disebabkan kecederaan teruk.

PILU...Noranita dipapah ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Balok.   

No comments:

Post a Comment