What's in the house..!

Wednesday, February 02, 2011

Kisah Minggu Ini yang menjadi isu besar

  1. Banjir di Segamat Johor lebih teruk dari 2006  ... Bala untuk kerajaan BN yang menaburkan janji di Tenang .. (Foto)
  2. Pilihanraya Tenang yang membuatkan mata, telinga dan hati sakit bila menonton berita di media perdana... Semua orang pun tau, siapa yang tak tau Baca di sini.
  3. Hadiah untuk rakyat selepas kemenangan di Tenang.... (Harga baru RON97 ) Nampaknya setiap bulan kita ada kenaikan harga petrol. Walaupun pakar ekonomi dan menteri KERAJAAN kata yang naik hanya RON97 tidak melibatkan diesel dan RON95, tapi saya sendiri ini berhadapan dengan masalah kenaikan harga tiket bas ekspress dari RM45  kepada RM50... Bas pakai RON97 ya..? Ini tidak termasuk, keluhan anak2 belanja RM3 sudah tidak cukup untuk membeli makanan tengahari. Jika tahun lepas, dengan hanya RM20 saya sudah boleh membeli bahan mentah untuk masakan selama 1 minggu, sekarang ianya sudah menjadi RM50... sedangkan isi rumah tetap sama, gaji pun duk takuk tu...
  4. Krisis Revolusi di Mesir semakin meruncing, USAHA kerajaan Malaysia baru hendak dilancarkan untuk membawa para pelajar Malaysia pulang, ikut lapuran akhbar The Star dan media yang lain pun sama juga. Dalam TV3 semalam ditunjukkan Duta Malaysia ke Mesir mengatakan kakitangan 20 orang tidak dapat mengendalikan 11,000 rakyat Malaysia di sana, dan talian hotline Kementerian Luar Negara juga tidak berfungsi. Dua link berikutnya adalah janaan dari sukarelawan rakyat Malaysia yang dalam usaha juga menyampaikan maklumat kepada keluarga dan pelajar di Mesir. 

    No comments:

    Post a Comment