What's in the house..!

Tuesday, March 11, 2008

Pilihanraya Umum 12

Sedang dalam semangat patriotik cintakan Negaraku Malaysia (bukan kerajaan BN). Masih lagi kedengaran suara-suara sumbang mengutuk individu tertentu di atas kekalahan/kemenangan pihak masing-masing.

Apa lagi yang nak dikutuk-kutuk? Tidak boleh kah kita meneruskan kerja kita, demi kemakmuran bersama...? Tubuh saja barisan kabinet, barisan exco... dan yang dilantik tu, buat lah kerja betul-betul... Anda sedang diperhatikan, bukan oleh PAS, PKR, DAP atau kami yang belum lagi ahli mana2 parti Politik... TAPI OLEH TUHAN RABBUL ALAMIN....

Kenapa mesti dibazirkan masa dengan sifat amarah itu..? Aku tahu, kata-kataku ini tidak kemana-mana, hanya dikalangan kawan2 yang membaca blog ini... So kalian, yang membaca, teruskan buat kerja.... Jangan asyik nak cari maklumat dalam internet pasal isu-isu panas ni je... Tembolok harus di isi... tak de kerja, takde gaji...

(PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA)

No comments:

Post a Comment