What's in the house..!

Sunday, November 28, 2010

Insurans itu HARAM.

Ringkasan dari artike yang keluar di  Harian Metro Ahad 28/11/2010

Insurans itu haram kerana ada unsur2:

1. RIBA - Unsur riba wujud kerana premium yang dicarum tidak sama dgn wang pampasan yang diterima. Dan tempoh pertukaran nilai wang itu juga tidak sama.

2. AL MAISIR - Unsur perjudian yang memungkinkan salah satu pihak akan menanggung kerugian. Contoh, kerugian yang ditanggung oleh syarikat insurans kerana nilai pampasan melebihi nilai caruman dan sebaliknya.

3. AL-GHARAR - Unsur ketidakpastian yang mana, tiada pihak yang pasti siapa akan mendapat imbuhan dari kontrak insurans tersebut. Samada pihak syarikat insurans atau insured itu sendiri kerana kebarangkalian untuk sesuatu kerugian itu tidak dapat dipastikan sewaktu awal kontrak. Dan jika terjadi kerugian, tidak pasti adakah nilai kerugian itu setara dengan premium yang diterima oleh syarikat insurans.


Penyelesaian  : TAKAFUL 

Penulis blog ini juga merupakan seorang pensyarah Takaful di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

No comments:

Post a Comment